Since 1990

About Us

Sekarang, Yazid dan pasukannya berwawasan besar, iaitu menyebarkan ZafinaFitness™ ke seluruh Malaysia dan membangkitkan semangat rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dan golongan untuk lebih cergas, lebih sihat dan lebih seronok!

PENGASAS

Yazid menyedari bahawa kampung mempunyai khazanah untuk ditawarkan bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu tarian zapin. Pandangannya, walaupun zapin sebuah tarian warisan, namun ia cukup bertenaga dijadikan rutin latihan berjeda intensiti tinggi (HIIT) moden. Penyelidikan beliau bersama saintis sukan akhirnya melahirkan ZafinaFitness™, jenama senaman yang benar-benar mengikut acuan dan citarasa Malaysia dengan gerak unik dan muzik yang mematuhi piawaian kecergasan antarabangsa.
Sekarang, Yazid dan pasukannya berwawasan besar, iaitu menyebarkan ZafinaFitness™ ke seluruh Malaysia dan membangkit-kan semangat rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dan golongan untuk lebih cergas, lebih sihat dan lebih seronok!

ZafinaFitness™, A NEW FITNESS GENRE TRULY MALAYSIAN WITH UNIQUE CHOREOGRAPHY AND MUSIC ALSO MEETS INTERNATIONAL STANDARDS FOR FITNESS

Terakamnya kisah ZafinaFitness™ tidak tumpah seperti kisah perantau zaman dahulu. Seorang remaja berhijrah dari kampung ke bandaraya dan mencapai impiannya menjadi jurulatih kecergasan sambil membantu beribu-ribu lagi orang mencapai impian mereka. Remaja itu, Yazid Abdul Rani, kini terkenal kerana penglibatannya yang meluas dalam industri kecergasan tempatan bersama Kementerian Belia dan Sukan, di peringkat korporat dan bersama banyak NGO.

Tahun berganti tahun dan tahap kecergasan penduduk Malaysia semakin merosot. Saban hari Yazid menyaksikan kemasukan aliran kecergasan luar negara bagi memujuk rakyat bersenam: Zumba dari Brazil, K-Pop dari Korea, Masala Bhangra dari India, Bokwa dari Afrika Selatan dan sebagainya. 

Namun, rakyat Malaysia umum tidak berminat kerana gerak dan pakaian yang tidak sesuai dengan budaya tempatan. Lelaki juga melihat tarian ini hanya sesuai untuk wanita.

Yazid menyedari bahawa kampung mempunyai khazanah untuk ditawarkan bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu tarian zapin. Pandangannya, walaupun zapin sebuah tarian warisan, namun ia cukup bertenaga dijadikan rutin latihan berjeda intensiti tinggi (HIIT) moden. 
Penyelidikan Yazid bersama saintis sukan dan kecergasan akhirnya melahirkan ZafinaFitness™, sebuah jenama senaman yang benar-benar mengikut acuan dan citarasa Malaysia dengan gerak unik dan muzik yang mematuhi piawaian kecergasan antarabangsa.

WHAT IS ZAFINA FITNESS

Zafina Fitness Is a High Intensity Interval Training (HIIT) Routine Based On Zapin & Built Upon Sound Scientific & Fitness Principle

ROOTS

WHAT ARE YOU THINKING

LET US KNOW